Tuesday 24 May 2016

TESTIMONI PENGGUNA


TESTIMONI TOK GURU 

TESTIMONI MUJEZA

1 - Testimoni Kismis Tok Guru & Jus Tok Guru

No. Tel : 017 - 2839 672
Tarikh Kiriman Surat Diterima : 18/06/2012
Nama pengguna : Pn Iezan, Batu Caves, Selangor D. E

Testimoni : Assalamualaikum w.b.t. Saya mempunyai anak (Nurfatin)yang berusia 3 tahun lebih. Dulu anak saya seorang yang pendiam, tidak tahu membilang dan tidak aktif seperti kanak-kanak lain. Semenjak mengamalkan KISMIS TOK GURU & JUS TOK GURU selama 5 bulan, saya nampak perubahan ketara ke atas anak saya. Dia sudah tahu mengira, suka mewarna, mendengar kata dan aktif. Setiap kali saya selesai solat, anak saya pasti akan ambil al-Quran dan meminta saya ajarnya mengaji tanpa disuruh oleh saya. KISMIS TOK GURU sentiasa ada dalam rumah saya. Saya sungguh berpuas hati dengan produk ini.Ibu mana yang tidak gembira melihat perubahan anaknya. Terima kasih Produk Tok Guru & Mujeza.

2 - Testimoni Mahabbah

No. Tel : 017-9429956
Tarikh Mesej Diterima : 01/01/2011 - 2.11pm

Testimoni : Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan buat Mahabbah Tok Guru (Madu + Habbatussauda'). Emak saya yang hampir-hampir dicuci buah pinggang kini boleh tersenyum gembira kerana tidak perlu dicuci buah pinggang.

3 - Testimoni RuQ-SYa

No. Tel : 019 -2412362
Tarikh Mesej Diterima : 20/09/2010

Nama pengguna : Pn Salma, Ijok, Selangor D.E.
Testimoni : Assalamualaikum..saya dah jadi pengedar dengan membuat pembelian 10 botol dulu dari stokis Sg.Buloh. Air RuQ-SYa ternyata mujarab dalam masakan berserta doa. Alhamdulillah suami dah tak marah-marah lagi dan anak-anak pun dah lembut hati..terima kasih pada produk jus tok guru.

4 - Testimoni Wardina

No. Tel : 019 - 9858348
Tarikh Mesej Diterima : 15/09/2010

Nama pengguna : Hasniah bt Ab Rahman, Lot 333, Kg Salor, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Testimoni : Saya menghadapi masalah untuk mendapatkan zuriat dan senggugut(endriometriocist), 10 bulan berkahwin dan belum dikurniakan zuriat.Saya mengamalkan produk Wardina selama sebulan. Alhamdulillah, saya disahkan hamil.Terima kasih produk tok guru.

5 - Testimoni Jus Tok Guru - Kesihatan bertambah baik.

No. Tel : 013 - 9772560
Tarikh Mesej Diterima : 21/07/2010

Testimoni : Salam..saya berpenyakit angin ahmar, saya minum jus Tok Guru. Sekarang dah boleh berjalan dan badan bertambah sihat.Terima kasih jus Tok Guru.

6 - Testimoni - Atasi Penagihan Dadah

No. Tel : 013 - 3220482
Tarikh Mesej Diterima : 15/06/2010

Testimoni : Assalamua'laikum..baru-baru ni saya bertemu kawan lama yang dulu menagih dadah jenis Morfin dan lain-lain tapi berhadapan dengan masalah menagih berulang tetapi apabila saya sedekah kan RuQ-SYa kepadanya, Alhamdulillah beliau dapat mengatasi bisikan iblis.

7 - Testimoni - Sakit perut di pagi hari.

No. Tel : 012 - 2415664
Tarikh Mesej Diterima : 02/04/2009

Testimoni : Assalamua'laikum..saya berterima kasih kepada produk Tok Guru..dulu anak saya sering sakit perut pada setiap pagi tetapi setelah menggunakan jus Tok Guru, anak saya tidak lagi mengalami sakit perut yang kerap. Sekarang saya dah guna 4 botol dan saya akan terus menggunakannya. Dan saya akan mencuba produk Tok Guru yang lain.

8 - Testimoni Kismis Tok Guru.

No. Tel : 012 - 6437486
Tarikh Mesej Diterima : 02/04/2009

Testimoni : Assalamua'laikum..saya berterima kasih kepada produk Tok Guru..dulu anak saya sering sakit perut pada setiap pagi tetapi setelah menggunakan jus Tok Guru, anak saya tidak lagi mengalami sakit perut yang kerap. Sekarang saya dah guna 4 botol dan saya akan terus menggunakannya. Dan saya akan mencuba produk Tok Guru yang lain.

9 - Testimoni Illassaam.

Nama pengguna : Nu'man Bin Awang (Adik Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang - Presiden PAS)

Testimoni : Saya menghidap kencing manis yang serius sehingga 2 jari kaki terpaksa dipotong. Tetapi semenjak 2 jari kaki dipotong, lukanya lambat sembuh, pelbagai ubat telah dicuba sehinggalah menggunakan ILLASSAAM (Minyak Habbatus Sauda' jenama TOK GURU) luka tersebut telah kering dan doktor pakar yang merawat saya juga terkejut dan mengesyorkan saya meneruskan menggunakan ILLASSAAM. Saya pernah menggunakan Habbatus Sauda' jenama lain, tetapi tidak serasi.


Testimoni Air Mineral



Keluar bendalir tengit dari hidung dan telinga…

Sebenarnya sudah lama saya disihir dan diganggu oleh makhluk halus. Selama ini saya sering mengalami sakit-sakit sendi, pening kepala, terasa berat di kedua-dua bahu dan mengalami mimpi ngeri. Puas saya berulang alik berjumpa doktor, tapi keadaannya masih tak berubah. Yang paling pelik sekali, saya selalu berasa seperti ada sesuatu ‘benda’ yang bergerak-gerak pada kedua-dua kaki dan tangan saya. Saya ada mendapatkan rawatan di pusat perubatan Islam dan menurut beberapa orang ustaz, ada orang yang saya kenali menghantar santau angin dan menyuruh makhluk halus mendampingi saya. Pada mulanya memanglah saya tidak percayakan perkara sebegini. Tetapi saya ada terbaca tentang Nabi Muhammad S.A.W. pun pernah disihir oleh seorang lelaki dari kaum Bani Zuraiq. Jadi saya mula mempercayai tentang kemungkinan saya turut disihir. 

Sejak kebelakangan ini keadaan diri saya bertambah teruk jadi saya terus mencuba beberapa barangan Anugerah ini setelah mendapati ia telah didoakan dengan 30 juzuk Al-Quran dan doa-doa pembatal sihir. Saya mengamalkan Air Anugerah, Minyak Kasturi menghindari sihir dan Minyak Sejuta Rahsia. Besertakan selawat dan niat, saya sapukan Minyak Kasturi untuk menghindari sihir ini di kepala dan bahagian-bahagian anggota badan yang sakit. Air Anugerah pula, selain minum, saya campurkan di dalam air mandian. Minyak Sejuta Rahsia saya sapu pada bahagian badan yang sakit. 

Hanya selepas satu hari saya menggunakan barangan Anugerah ini, saya dapati ada bendalir keluar seperti hingus dari hidung saya. Air yang keluar itu baunya tengit seperti air bisa. Pada masa yang sama juga, kepala saya terasa sangat berat. Selain itu, saya terasa seperti ada sesuatu ‘benda’ yang bergerak-gerak dari muka saya dan mengalir keluar menjadi titik-titik air dari telinga saya. Masya Allah, saya sungguh panik kerana tidak pernah mengalami perkara sebegini. Walau apa pun terjadi saya hanya mampu mencari perlindungan dengan kekuasaan Allah. Saya mungkin tidak akan dapat mengetahui siapa yang menghantar santau ini hanya untuk melihat saya menderita. Namun, saya percaya tiada kuasa yang dapat mengatasi keajaiban Al-Quran dan kekuasaan Allah. Ini adalah pengajaran paling penting dalam hidup saya. Saya hanya berdoakan agar saya sentiasa dilindungi Allah dan sesiapa yang menghantar santau ini kepada saya mendapat hidayah dari Allah serta semoga rohnya tidak terseksa di akhirat kelak. Amin...  

Nama: Pengguna meminta nama beliau tidak disiarkan.

Sihir nyah dari dalam badan dan kedai dengan Air Anugerah

"Hari pertama saya minum Air Anugerah telah memberi tindakbalas ke atas tubuh saya, menyebabkan saya demam selama tiga hari. Selama seminggu saya minum Air Anugerah lama kelamaan penyakit 'buatan orang' yang ditujukan kepada saya terus hilang. Malah perniagaan butik saya di Prima Saujana Kajang sekarang semakin maju. Sampai sekarang saya masih lagi mengamalkan minum Air Anugerah."

Puan Jumiah Suratman, 37, Kajang, Selangor

***
2 tahun batuk, imsomnia dan tekanan kini hilang


"Baru-baru ini saya terbaca tentang pengalaman pengguna Air Anugerah yang mengalami masalah yang sama. Saya terus mendapatkan Air Anugerah ini dan meminumnya setiap pagi dan sebelum tidur. Dengan izin Allah S.W.T., setelah seminggu, saya dapati masalah kesukaran untuk tidur malam semakin beransur kurang. Malah badan saya kembali cergas dan fikiran lapang dan ini membantu meningkatkan fokus saya terhadap pelajaran. Kini tidur saya semakin lena dan tenang. Sekarang saya masih menjadikan Air Anugerah sebagai amalan harian. Saya sangat-sangat bersyukur kepada Allah kerana menemukan saya dengan Air Anugerah."

Wan Amaluddin, 21 tahun, 017-5678916, Ipoh.

***
Anak saya sudah pulih dari demam selama dua minggu


"Baru-baru ini, anak saya jatuh sakit demam. Mula-mula saya ingat dia mengalami demam biasa, tapi demam panas ini berlarutan sehingga dua minggu. Suhu badannya terlalu tinggi, membuatkan saya amat risau. Minggu lepas ibu saya terbaca tentang Air Anugerah. Tanpa berlengah lagi, kami terus mencari Air Anugerah ini dan berikan kepada anak saya. Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T., dalam masa sehari saja, demam panasnya mula beransur sembuh. Dia pun kelihatan semakin sihat dan ceria. Kami sekeluarga amat bersyukur kepada Tuhan dan juga terima kasih juga kepada Air Anugerah kerana telah membantu memulihkan demam anak saya."


Nurkamissyah Binti Norazan, Kajang, 016-2445409

***
Muntah Cacing dan Ranting Kayu!! Santau Angin Hampir Meragut Nyawa…

Tidak pernah sesekali saya menyangka ada orang yang dengki and iri hati dengan saya sehinggakan mahu melihat saya mati. 

Saya mendapat tahu saya disantau angin setelah saya jatuh sakit secara tiba-tiba dan semua doktor yang saya jumpa menyatakan tidak ada apa-apa masalah terhadap kesihatan saya. 

Tetapi hakikatnya kedua-dua bahu saya terasa sangat lenguh seolah-olah memikul beban yang berat. 

Malah fikiran saya tidak menentu dan sering mengalami mimpi ular hitam, dikejar makhluk halus dan macam-macam benda ngeri. 

Apa yang lebih membimbangkan, pada waktu Maghrib perut saya membesar seperti busung dan terasa seolah-olah ada benda yang duduk di bahu saya kerana ia menjadi sangat berat.

Melihat apa yang sering terjadi, ibu membawa saya ke pusat rawatan Islam. Ibu saya juga turut membawa Air Anugerah bersama. 

Sebelum ini saya pernah disuruh meminum Air Anugerah ini tetapi bila saya mendekati dan memegang botol sahaja saya terus berasa loya. 

Ustaz yang merawat saya memaksa saya memegang sendiri botol Air Anugerah dan rasa loya semakin membuak-buak. 

Ibu pula menyapu Minyak Kasturi Anugerah pada bahagian telinga dan nadi, ketika itulah saya terasa sangat lemah dan rasa menyucuk di seluruh tubuh dan langsung menjadi lemah.

Ustaz memberitahu saya dihantar santau angin. Bila Ustaz memegang ibu jari kaki saya ia terus menjadi biru dan saya mula menjadi separuh sedar kerana terasa ada benda yang berlawan di dalam badan saya. 

Dalam keadaan separuh sedar saya dipaksa meminum Air Anugerah. Mahu atau tidak, saya meminum air ini dan terus muntah. 

Keluar bersama muntah saya cacing-cacing kecil bercampur ranting-ranting kayu kecil. Menurut ibu, semua di hadapan saya tercengang dan terkejut melihat apa yang terjadi. 

Ibu juga turut menceritakan bahawa saya meronta dan menendang tiga orang ustaz yang memaksa saya minum Air Anugerah ini.

Sekarang ini Alhamdulillah saya terasa badan saya semakin pulih, tiada mimpi-mimpi ngeri dan busung pada waktu Maghrib pun telah hilang. 

Tetapi bila difikirkan saya berasa sedih kerana ada yang sanggup melihat saya mati demi rasa iri hati mereka yang saya sendiri tidak tahu apa puncanya. 

Walau bagaimanapun hidup dan mati semua umat adalah dengan kehendak Allah. Saya dan keluarga cuma berusaha untuk berubat. 

Yang paling penting bagi saya, kekuasaan Allah mengatasi segala-galanya. Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah dan terima kasih kepada ustaz dan Air Anugerah. 

Marissa Bt Adam, 28 tahun, Kajang

***
Tiada kuasa lain yang dapat melawan sihir selain Allah. Alhamdullillah kini saya sihat semula.....

Saya tak pernah menyangka bahawa sakit kepala yang di alami selama berbulan-bulan ini, mimpi makhluk halus dan badan rasa terlalu letih rupa-rupanya angkara buatan orang yang tidak senang dengan kami sekeluarga. 

Sakit yang saya alami hanya Tuhan yang tahu. Hampir beberapa bulan, badan saya terasa lemah dan cepat letih. 

Selera makan pun tiada. Yang peliknya, setiap kali saya ingin menunaikan solat, kepala saya terasa sangat berat. 

Oleh kerana tidak tahan, saya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Menurut doktor, saya hanya mengalami migrain dan dinasihat mengambil pil penahan sakit.

Keadaan ini berlarutan sehinggalah saya terasa sedikit keganjilan dengan keadaan dalam rumah saya. 

Rasa seperti ada orang yang memerhati gerak-geri saya dan kelibat hitam di luar rumah. Anak-anak pula sukar tidur malam dan suami saya juga mengalami mimpi yang aneh. 

Dulu hanya seminggu sekali saya mengalami mimpi yang mengerikan tapi kini setiap malam saya pasti akan mimpi makhlus halus dan ular hitam. Saya ada terbaca mengenai tanda-tanda orang yang terkena sihir ialah mimpi binatang buas dan ular hitam.

Kawan saya mencadangkan agar saya mencuba Air Anugerah yang didoakan dengan 30 juzuk Al-Quran dan doa pembatal sihir. 

Pertama kali saya minum Air Anugerah beserta niat kepada Allah SWT, terus saya terasa bagai nak pengsan dan panas. 

Tapi saya terus meminum air ini setiap hari dan Alhamdulillah dengan izin- Nya, sakit kepala yang berbulan-bulan saya alami ini mula beransur kurang dan selera makan juga bertambah baik. Kini, saya menjadikan Air Anugerah sebagai amalan harian saya sekeluarga.

Bagi diri saya, Allah Maha Mendengar dan jika kita benar-benar berdoa dengan penuh harapan dan keikhlasas serta meyakini kekuasaan-Nya maka Allah pasti akan membantu umat-Nya. 

Saya percaya kekuasaan Allah telah membantu mengatasi ilmu sihir terhadap kami sekeluarga. Alhamdullillah.

Roshnani Binti Adni, 46 tahun, Banting, 013-3594403

***
Pegang saja botol, saya terus muntah

Sudah beberapa tahun saya mengalami bengkak-bengkak di lutut dan kaki yang amat teruk sekali. 

Bila jumpa doktor, dikatanya saya menghadapi masalah gout. Tetapi bukan itu saja saya juga turut mengalami pening kepala yang kronik, sesak dada terutamanya ketika tengah selalu gelisah waktu tidur, rasa sakit di perut dan juga selalu mengalami mimpi menakutkan. 

Saya terpaksa bergantung hidup dengan ubat tahan sakit. Malah yang lebih merisaukan saya apabila terdengar azan solat dan orang membaca Al-Quran pula, saya terus macam nak muntah.

Pada suatu malam saya bermimpi saya di patuk ular tedung hitam dan mimpi ini bukan hanya sekali tapi berulang kali. Anak-anak dan isteri juga turut mengalami mimpi-mimpi aneh dan menakutkan. 

Dari situ, saya rasa saya memang harus cuba mendapatkan perubatan Islam setelah dinasihati oleh beberapa orang ustaz yang saya mungkin terkena santau. 

Baru-baru ini saya terbaca paparan cerita Air Anugerah dan terus mendapatkan air ini melalui pengedar yang berdekatan. 

Dengan kuasa Allah S.W.T., pegang saja botol Air Anugerah ini, saya terus muntah di depan pengedar tersebut.

Kami semua amat terkejut. Hari pertama saya minum air ini, saya terus muntah berulang-ulang kali sehingga badan terasa lemah. 

Tetapi saya terus mengamalkan Air Anugerah setiap hari. Malah saya turut menyapu Air Anugerah ke muka dan kepala. 

Alhamdulillah, bengkak-bengkak yang disangkakan gout dulu, kini telah beransur pulih. Dada saya mula berasa tenang dan tidak lagi mengalami mimpi-mimpi yang mengerikan. 

Rasa berdebar-debar di dada pun turut hilang. Sekarang saya tidak lagi rasa nak muntah apabila dengar azan dan boleh menunaikan solat dengan sempurna. 

Inilah kekuasaan Allah membantu umatnya yang sentiasa bersandarkan harapan kepada-Nya.

Azman, Seremban, 012-6775549

***
Usir Gangguan Makhluk Halus Dengan Air Anugerah...

Sejak 6 tahun yang lalu, saya selalu mengalami gangguan makhluk halus dan saka yang mengganggu saya sekeluarga. 

Hampir setiap malam, saya mengalami mimpi ngeri dan ini membuatkan saya ingin mencuba untuk pergi berubat. Menurut Ustaz yang membantu merawat saya, sebenarnya saya telah terkena buatan orang yang ingin mengenakan sihir kepada saya sekeluarga. 

Hampir setiap minggu saya terpaksa mendapatkan rawatan di pusat perubatan Islam tetapi gangguan itu masih berterusan. Saya tidak dapat menjalankan rutin harian untuk menjaga anak-anak dan suami.

Selera makan pun tiada. Saya tetap berdoa kepada Allah SWT agar membantu memulihkan gangguan ini. 

Beberapa bulan yang lepas, saya terbaca paparan pengalaman pengguna Air Anugerah di dalam surat khabar dan menyuruh suami saya mendapatkan Air Anugerah dengan segera. 

MasyaAllah, selepas lima jam saya mengambil Air Anugerah, badan saya berasa seram sejuk, muntah-muntah, kaki terasa lenguh-lenguh dan badan menggigil. Tindak balas yang saya alami sangat cepat dan rasa seperti ada sesuatu benda yang ingin keluar daripada badan saya. 

Beberapa jam selepas itu, rasa seram sejuk, takut dan menggigil mulai berkurangan. Saya tetap meminum Air Anugerah setiap hari dan saya dapati, badan saya terasa lebih ringan dan sihat berbanding dengan sebelum ini. 

Suami juga menegur tentang perubahan yang saya alami. Akibat gangguan sihir ini, saya dan suami selalu bertengkar dan saya cepat menjadi marah walaupun kerana perkara kecil sahaja. 

Dengan izin Allah SWT, selepas 4 bulan mengamalkan Air Anugerah, segala gangguan yang saya alami selama 6 tahun yang lepas semakin berkurangan dan hati saya berasa lebih tenang. 

Kini saya dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Hamba Allah, Rawang, Selangor

No comments:

Post a Comment