Tuesday 24 May 2016

JUS KURMA TOK GURU





JUS TOK GURU

Gabungan makanan sunnah yang disebut di dalam Al-Quran dan Hadith.
AMAT BAIK UNTUK :
  • Memelihara kesihatan tubuh badan.
  • Membantu mengatasi masalah kesihatan.
  • Merangsang dan meningkatkan kemampuan otak.
  • Mencegah rasa mengantuk dan keletihan.
KANDUNGAN
Ekstrak kurma, Ekstrak Tiin, Ekstrak Kismis, Ekstrak Delima, Ekstrak Za’faran, Minyak Habbatus Sauda, Minyak Zaitun, Passiflora, Centella Asiatica, Ekstrak Ginkga Biloba dan Madu Asli.
CARA GUNA
Dewasa            : 2 sudu the sebelum sarapan pagi.
Kanak-kanak   : 1 sudu the sebelum sarapan pagi.
CARA SIMPAN
Sila simpan di tempat kering pada suhu bilik (27 darjah Celcius) atau disimpan di dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegaran jus selepas dibuka.
 

Di dalam Kitab Tibb An-Nabawi (Perubatan Nabi) menghuraikan dengan panjang lebar khasiat bagi setiap Makanan Sunnah ini. Di sini dipetik beberapa khasiatnya secara ringkas untuk panduan muslimin dan muslimat.
DELIMA
Firman Allah : “Dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima yang sama dan yang tidak sama (bentuknya). Perhatikan kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya…” Surah Al-An’am, ayat 99.
Saidina Ali berkata :
“Makanlah buah delima dan bahagian isinya kerana buah ini berfungsi membersihkan perut.”
Buah Delima baik untuk kerongkong, dada dan paru-paru. Baik untuk mengubat batuk. Ia juga membantu meningkatkan stamina. Berguna mengubat radang usus, mencegah muntah, mengurangi panas dan mengatasijantung berdebar.
KURMA
Firman Allah swt. Dalam surah Maryam: Ayat 25-26, “ Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu. Maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu.”
Kurma dapat menguatkan hati, melancarkan buang air besar, menyembuhkan radang kerongkong. Kajian oleh Prof. Madya Asiah Zain, pensyarah Sains Pemakanan UPM menyatakan : Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah Kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.
Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Ia merangsang kesihatan wanita yang hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.
ZAITUN
Firman Allah : “Dari pohon itu (zaitun) yang berasal dari Bukit Sinai mengeluarkan minyak dan makanan.” – Al-Mukminun, ayat 20.
Rasulullah s.a.w bersabda : ‘Minumlah minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak rambut kerana minyak zaitun berasal dari pohon yang diberkati.”
Minyak zaitun juga boleh mengatsi racun, melapangka perut, mengeluarkan cacing, menghaluskn kulit dan melambatkan pertumbuhan uban dan merendahkan kandungan kolestrol dalam badan.
ZA’FARAN
Dalam kitab perubatan karangan Abdul Latif ‘Asyur menyebut tentang Za’faran iaitu sejenis tumbuhan ubat yang terkenal dan diamalkan dalam perubatan Ibnu sina.
Saidina Ali pernah menyatakan : “Sesiapa yang mengambil za’faran tulen dan su’di satu bahagian dicampur dengan madu diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir.”
TIIN
Allah pernah bersumpah atas nama buah Tiin dalam Al-Quran kerana buah ini mengandungi banyak khasiat dan kegunaannya (Surah At-Tiin). Ia boleh menghilangkan batu buah pinggan dan batu karang, juga sebagai anti racun. Ia termasuk buah yang paling tinggi zatnya. Baik untuk mengatasi sakit kerongkong, dada, mencuci hati dan limpa, membersihkan kahak dan melancarkan buang air kecil.
HABBATUS SAUDA
Khasiat Habbatus Sauda diketahui melalui Hadith yang sangat masyhur dalam perubatan Islam. Rasulullah bersabda : “Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda ini kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali As-Saam (mati).” – Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim
MADU
Firman Allah dalam Surah An-Nahl, ayat 68-69 bermaksud : “Dengan itu keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannya yang mengandungi penawar yang menyembuhkan bagi manusia”
Al-Quran mengiktirafnya sebagai Asy-Syifa’, iaitu penyembuh penyakit. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptic dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Madu mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesiaum. Potassium (kalium), kuprum, silica dan lain-lain untuk memberi tenaga dan kesihatan fizikal dan mental. Rasulullah bersabda : “Siapa ingin menghafal, hendaklah ia minum manisan madu.”
KISMIS
Imam Az-Zuhdi berkata : “Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah memakan zabib (kismis)”
Ada hadith yang meyebut : “Sebaik-baik makanan ialah buah Zabib (kismis) ia menghilangkan keletihan, menguatkan ura saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut.”



KEMBALI KEPADA PERUBATAN NABI...
| 180 ML | RM 20.00 |

No comments:

Post a Comment